Sunday, 17 March 2013

GROUP ASSIGNMENT

BPIN 3053  MANAGEMENT INFORMATION SYSTEM 

GROUP: GROUP E

LECTURER: EN. ABDUL MANAF BIN BOHARI

TOPIC: MASALAH DISCIPLIN PELAJAR


MAKLUMAT AHLI KUMPULAN-

MEMBER :

NAME: NG SWEE MIAN

MATRIC NO.: 213560

IC. NO.: 910401-08-5854

SEMESTER: 4

COURSE: BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

STUDENT RESIDENTIAL HALL: BANK RAKYAT

 

 

NAME: KHOR BEE FANG

MATRIC NO.: 213023

IC. NO.: 900721-08-5176

SEMESTER: 4

COURSE: BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION WITH HONOURS

STUDENT RESIDENTIAL HALL: BANK RAKYAT

 

 

PENDAHULUAN:


MASALAH – MASALAH DISIPLIN PELAJAR UUM
Disiplin dikenal pasti antara aspek penting dalam menentukan kejayaan itu, lebih-lebih lagi untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan di semua peringkat. Masalah disiplin di kalangan pelajar merupakan isu yang hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak dan didapati semakin meruncing. Contoh – contoh masalah disiplin di kalangan pelajar :-



Saturday, 16 March 2013

1. MEROKOK

Universiti adalah termasuk dalam Senarai Kawasan Larangan Merokok yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.  Pelajar yang didapati merokok dalam kawasan Universiti boleh dikenakan tindakan tatatertib. Tabiat merokok bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri dan orang sekeliling, juga boleh mengotorkan alam sekitar. Walaupun pelbagai penyakit atau bahaya rokok itu telah didedahkan kepada mereka yang merokok tetapi gambaran itu masih tidak cukup untuk menakutkan seorang perokok untuk mengurangkan jauh sekali meninggalkan tabiat berbahaya tersebut. 




Cara mengatasi:
*Tanamkan niat untuk berhenti dari merokok dan sedar bahawa merokok adalah salah satu perkara yang  tidak mendatangkan faedah.
*Menetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
*Minta bantuan dari rakan anda untuk menegur anda jika anda terlupa bahawa anda mahu berhenti merokok.
*Melakukan senaman setiap hari
*Mendapatkan khidmat nasihat dari doctor
*Minum air berlebihan
*Menarik nafas panjang



2. MELANGGAR ETIKA PAKAIAN


 UUM merupakan IPTA negara yang begitu terkenal dengan ketegasan dalam memastikan pelajar khususnya siswa mematuhi kod etika pakaian. Ini kerana UUM berpendapat, sebagai sebuah universiti pengurusan yang berwibawa, ia perlu melaksanakan disiplin itu demi kebaikan para pelajarnya.
Sejak kebelakangan ini, pelajar Universiti Utara Malaysia(UUM) sering melanggar kod etika pemakaian yang dibuat oleh pihak UUM. Pemakaian pelajar UUM seperti mula kembali ke zaman primitif atau zaman nomad. Ini adalah kerana pakaian yang dipakai agak ketat dan menampakkan susuk tubuh yang sepatutnya tidak dizahirkan, pakaian yang jarang serta pakaian yang menarik perhatian, pakaian menjolok mata yang boleh dikategorikan sebagai tidak sopan terutama bagi wanita. Seluar Jeans tidak dibenarkan untuk dipakai di dalam kuliah.