Sekarang marilah kita lihat apakah sahsiah rupa diri UUM
yang sepatutnya diamalkan oleh pelajar tanpa mengira bangsa Melayu, Cina, India
ataupun lain-lain bangsa.
(a)
Setiap pelajar mestilah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup
aurat dan bersopan mengikut Kod Etika Pakaian Rasmi Universiti. Pakaian
melambangkan keperibadian dan imej sebagai seorang mahasiswa UUM.
(b)
Pakaian yang kemas dan sopan adalah lambang ketinggian ilmu individu. Setiap
urusan sama ada di bilik kuliah dan di pejabat adalah urusan rasmi, maka
amalkan cara berpakaian sopan dalam semua aktiviti dalam kampus.
* Sahsiah Rupa Diri Siswa :
- Berpakaian formal, bertali leher dan berseluar “slack”.
- Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak dibenarkan mencecah kolar baju.
- Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar.
- Semua jenis pakaian mestilah kemas, dan sopan. Pakaian mestilah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti bahagian lutut, dada dan perut.
- Berambut rapi bagi yang tidak bertudung.
- Tidak digalakkan memakai barangan kemas.
* Kelonggaran
- Perpustakaan – Boleh memakai kemeja tanpa tali leher atau baju-T berkolar di waktu pejabat
- Zon Kolej Kediaman – Boleh memakai baju berkolar-T berlengan dan berseluar panjang.
No comments:
Post a Comment